TANDA-TANDA KIAMAT BESAR (KUBRA) DAN KECIL (SUGHRA)

 

TANDA-TANDA KIAMAT

Menurut agama Islam merupakan suatu petunjuk atau isyarat yang sudah hampirnya Hari Kiamat. Bermula dengan tanda-tanda kecil dan kemudian disusuli dengan tanda-tanda besar.

Tanda-tanda besar (kubra)

·         Hijaunya bumi Arafah.

·         Lahirnya ramai anak-anak hasil perbuatan zina yakni dari perkahwinan tidak sah atau perceraian yang tidak diluluskan oleh mahkamah.

·         Keluar sejenis binatang dari perut bumi yang digelar Dabbatul Ardhi.

·         Keluar asap tebal dibumi Hijaz.

·         Munculnya nabi-nabi palsu, semuanya berjumlah 30 orang.

·         Berlaku perang besar di kawasan Kaukasus.

·         Runtuhnya Kaabah akibat diserang oleh orang Habsyah.

·         3 kali gempa bumi.

·         Bermulalah kekuasaan Dajjal.

·         Munculnya Imam Mahdi.

·         Turunnya Nabi Isa a.s.dan membunuh Dajjal.

·         Keluarnya suku Yakjuj dan Makjuj.

·         Diangkat Al-Quran dan ilmu-ilmu agama (Addin) dari manusia.

·         Matahari terbit dari ufuk barat.

·         Terdengar tiupan sangkakala pertama, kedua

Tanda-tanda kecil (sughra)

Didapati kini bahawa seluruh tanda-tanda kecil telah muncul dan terbukti seperti yang dinyatakan dalam hadis. Kebanyakan hadis-hadis ini dapat ditemukan di dalam Sahih MuslimSahih Bukhari dan Riwayat Tarmizi.

·         Penaklukan Baitulmuqaddis

·         Zina bermaharajalela

·         Pemimpin yang terdiri dari orang yang jahil dan fasik

·         Bermaharajalela alat muzik

·         Menghias masjid dan membanggakannya

·         Munculnya kekejian, memutuskan kerabat dan hubungan dengan tetangga tidak baik

·         Ramai orang menuntut ilmu kerana pangkat dan kedudukan

·         Ahli ibadat yang jahil dan ulama yang fasik

·         Ramai orang soleh meninggal dunia

·         Orang hina mendapat kedudukan terhormat

·         Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja

·         Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang 

Komentar

Postingan populer dari blog ini

Sejarah Sumpah Palapa dan Isi Ikrar yang Diucapkan oleh Gajah Mada

Kritik Teater (Soal)

Sistem Koordinasi Pada Manusia